suria

Sekolah di 5 lagi negeri termasuk Sabah mula sistem bergilir

Sekolah di 5 lagi negeri termasuk Sabah mula sistem bergilir.

MURID-murid Tahun Satu hingga Tahun Enam, kelas peralihan dan pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah akan memulakan sesi persekolahan mengikut kaedah penggiliran.

Kementerian Pendidikan berkata keputusan membenarkan semua pelajar kembali ke sekolah ini dibuat selepas memantau situasi di sekolah sejak sekolah menyambung semula pembelajaran secara bersemuka bermula 3 Oktober menggunakan Garis Panduan Pengurusan dan Operasi Sekolah 3.0.

“Setelah mengambil kira penemuan ini serta situasi semasa pandemik Covid-19, kementerian memutuskan kehadiran pelajar kali ini tidak akan dilaksanakan secara berperingkat tetapi akan mengekalkan kaedah penggiliran,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Selasa (9 Nov).

Bagaimanapun, kementerian berkata, pelajar di sekolah berasrama penuh akan menyambung semula pelajaran secara bersemuka tanpa menggunakan kaedah giliran.

Ia menambah bahawa butiran kemasukan ke sekolah berasrama penuh akan diberikan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa dan penjaga di kemudian hari.

KPM berkata kaedah yang sama juga akan terpakai di semua sekolah swasta dan pusat pendidikan yang berdaftar dengan kementerian.

Pada Isnin (8 Okt), kementerian mengumumkan bahawa institusi pendidikan di bawah kementerian di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah akan beroperasi semula pada 21 dan 22 Nov, mengikut peraturan yang ditetapkan di bawah Fasa Empat Pelan Pemulihan Nasional.

Di Kedah, sekolah akan dibuka semula pada 21 Nov, dan pada 22 Nov untuk sekolah di Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

sekolah, KPM, kaedah penggiliran

Artikel Lain