suria

Kerajaan mula beri ‘booster dose’ kepada rakyat berumur 40 tahun ke atas - “Bila terima janji temu, tolonglah hadir”

Suntikan penggalak (booster) telah mula diberi kepada mereka yang berumur 40 tahun ke atas di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

KEMENTERIAN Kesihatan telah mula memberikan suntikan penggalak (booster) kepada mereka yang berumur 40 tahun ke atas di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri Kesihatan itu berkata suntikan berkenaan akan diberikan terlebih dahulu kepada rakyat Malaysia yang layak, yang berumur 40 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai komorbiditi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan lanjut pemberian ‘booster dose’ kepada penerima vaksin Sinovac

"Mereka akan menerima janji temu melalui aplikasi MySejahtera mereka.

"Apabila anda menerima janji temu melalui aplikasi MySejahtera, tolonglah hadir untuk mendapatkan booster dose (suntikan penggalak) anda.

"Ini akan meningkatkan imunisasi kita dan perlindungan kita terhadap jangkitan Covid-19," katanya dalam video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan pada Rabu.

Sebelum ini, pelaksanaan pemberian dos penggalak telah dimulakan di seluruh negara sejak 13 Oktober lalu dengan menggunakan vaksin Comirnaty. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain