suria

Tiap hari ada saja pelanggan makan tak bayar, peniaga di Perlis dedah pernah rugi hampir RM1,000 semalam!

Seorang peniaga kerugian hampir RM1,000 semalam akibat sikap pelanggan yang makan tak bayar. (Gambar File)

DI SAAT peniaga sedang cuba untuk bangkit semula selepas hampir dua tahun tidak beroperasi akibat penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ada ramai pihak yang dilihat cuba untuk mengambil kesempatan.

Selain isu peningkatan kos bahan mentah tinggi, ada diantara peniaga juga terpaksa berdepan dengan sikap pelanggan yang makan tanpa bayar.

Sikap tidak bertanggungjawab ini menyebabkan seorang peniaga kerugian sehingga hampir RM1,000 dalam tempoh hanya sehari.

ARTIKEL BERKAITAN : “Akak jawab mata adik dekat syurga, Allah simpan” - Ibu tunggal sanggup buat apa saja demi anak hidap kanser... tabah walau cuti dah habis, gaji kena potong

ARTIKEL BERKAITAN : “Ni memang last dah” - Bisnes semua tak menjadi, barang kemas dah tergadai... ibu 4 anak terpaksa lepaskan kereta mewah jalan terakhir teruskan hidup

Bercakap kepada mStar, seorang pengurus sebuah restoran makanan western di Kangar, Perlis berkata, mereka sering berdepan dengan isu dimana pelanggan datang ke kedai untuk makan, kemudian berlalu pergi begitu sahaja.

"Kedai kami menggunakan sistem online, kalau katakan ada meja yang belum jelaskan bayaran jadi kami dapat kesan menerusi sistem yang kami guna, bila orang datang bayar kita akan tekan nombor meja dan secara automatik meja tersebut akan kosong, jadi pelanggan lain boleh duduk di situ.

"Tapi setiap malam bila buat closing, akan ada satu dua meja yang dalam sistem kita boleh nampak mereka tak bayar dan selalunya nilai dia bawah RM100.

"Cuma baru-baru ni ada dua meja yang tidak bayar dan nilainya mencecah RM1,000," katanya.



Sebuah restoren mengalami kerugian hampir setiap hari kerana terdapat segelintir pelanggan yang makan dikedainya kemudian pulang tanpa membuat bayaran. (Gambar File)

Tambahnya, sepanjang hampir setahun dia bekerja disitu, tidak ada pelanggan yang "terlupa" bayar hadir semula untuk membuat bayaran.

Pengurus yang berusia 28 tahun ini berkata, perbuatan sesetengah pelanggan yang tidak berhati perut ini menjejaskan pendapatan peniaga yang turut terpaksa berdepan dengan kenaikan harga kos bahan mentah.

"Sebagai pengurus saya rasa ralat juga bila berdepan dengan kes-kes macam ni, pemilik kedai paling terkesan sebab dia terpaksa tanggung kerugian, kalau sikit-sikit, sebelum ni dia kata takpe dia halalkan je tapi bila melibatkan kos yang banyak kesian dia.

"Dah la harga barang macam ayam tinggi, sebelum ni kami buat chicken chop atau grill guna paha ayam tapi sejak dua tiga minggu ni susah sangat nak dapat stok ayam jadi kami terpaksa guna isi ayam sebab kami nak pastikan harga makanan kami mampu milik," katanya.

Sebelum ni kamu pernah guna sistem ni, maksudnya orang perlu bayar dulu selepas membuat pesanan tapi ada pelanggan yang mempersoalkan, "kenapa tak percaya pelanggan ke?"

Pengurus sebuah restoren di Perlis.

Selain itu, jelasnya, akibat tidak sanggup lagi menanggung kerugian, mereka kini membuat keputusan untuk menukar sistem pesanan makanan di kedai dengan meminta pelanggan membayar sebaik sahaja pesanan dibuat.

"Sebelum ni kamu pernah guna sistem ni, maksudnya orang perlu bayar dulu selepas membuat pesanan tapi ada pelanggan yang mempersoalkan, "kenapa tak percaya pelanggan ke?"

"Owner kedai ni baik, dia tak nak susahkan pelanggan jadi dia pun cakap tak payahlah, masa tu kita guna sistem lama iaitu makan dulu lepas tu baru bayar," katanya, menambah mereka akan menggunakan sistem pesanan baru bermula Khamis ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain