suria

Misha Omar, DJ Suria FM gamatkan sambutan Jubli Emas The Star

Misha Omar menyampaikan beberapa buah lagu termasuk Bunga-Bunga Cinta dan Pulangkan. - Foto AZMAN GHANI

SAMBUTAN ulang tahun ke-50 akhbar The Star berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang sesuai dengan usia kematangannya dalam menyampaikan suara pembaca.

Paling mendapat perhatian apabila penyanyi terkenal Misha Omar tampil menghiburkan lebih 400 tetamu menerusi lagu berjudul Someone Like You serta medley Bunga-Bunga Cinta dan Pulangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhbar The Star sambut ulang tahun ke-50! Rebut peluang sertai pelbagai aktiviti dan menangi banyak hadiah best sepanjang 2021

Sebelum itu, Grand Ballroom Hotel Shanri-La di ibu negara gamat apabila penyampai radio di bawah naungan Star Media Group (SMG), Suria FM iaitu Fizi, Ajak dan Suraya (Pagi Suria) muncul mendendangkan lagu It's My Life nyanyian asal Bon Jovi.

file7ic3woj5vy9cyfqon4d

Persembahan lampu sebagai pembukaan malam gala ulang tahun The Star ke-50.

Tidak terhenti di situ, penyampai Gaya Suria, Feeya Iskandar atau Cik Piah pula muncul dengan lagu Kopi Dangdut sebelum diikuti oleh Sharifah Shahirah dan Tyzo (Suria Petang) menerusi lagu Saya Anak Malaysia.

Tepukan bertambah gemuruh apabila DJ Lin (Suria Cinta) muncul mendendangkan lagu Aku, Dia dan Lagu.

Penyampai radio 988 iaitu Chan Fong, Cynthia, Brandon, Joycelyn, Cassey dan Chrystina turut bergandingan menyanyikan lagu A Million Dreams pada acara itu.

Shera

Sharifah Shahirah dan Tyzo turut mendendangkan lagu buat hadirin.

Mengangkat tema '50 Years of Shaping the Nation Together', SMG mengambil peluang mengadakan malam gala itu sebagai menghargai sokongan daripada rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan.

Hadir pada malam gala itu adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi SMG, Tan Sri Chor Chee Heung.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif SMG, Alex Yeow dan Ketua Pegawai Kandungan SMG, Esther Ng.

file7ic4fraqa438mnmkn4d

Persembahan Misha cukup memukau.

Terrece Dass dan Julie Woon pula menggalas tanggungjawab sebagai hos pada malam gala tersebut.

Acara gilang-gemilang itu dibuka dengan persembahan Holographic Dance mengangkat mesej tentang Star Media Group yang menyampaikan suara pembaca.

Pembukaan itu turut diserikan dengan persembahan lampu berwarna-warni menyinari Grand Ballroom Hotel Shangri-La yang cukup mengagumkan.

file7ic4fquan7sduntfn4e

Persembahan muzik klasik menyambut tetamu.

Antara persembahan menarik pada acara itu termasuklah persembahan Colour of Voices yang menampilkan ahli kumpulan pelbagai kaum di Malaysia dan menyampaikan lagu secara acapella.

Lebih menarik, ketibaan tetamu ke Grand Ballroom hotel turut diserikan dengan persembahan seleksi muzik klasik oleh Cast String Quartet.

Semua tetamu turut membawa pulang sebuah beg canvas berserta permainan Star50 Then & Now: A3 Puzzle sebagai cenderahati.

file7ic3wplexw41h0u3jn4d

Persembahan tarian yang cukup memukau.

Demi memastikan keselamatan, semua tetamu perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti memakai pelitup muka,mendaftar masuk menerusi MySejahtera dan melakukan penjarakan fizikal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain