suria

Tanpa media yang boleh dipercayai, masyarakat tak boleh bergerak maju - Annuar Musa

Annuar, Wee tiba ke malam gala ulang tahun The Star ke-50 yang turut ditemani Pengerusi Star Media Group, Tan Sri Chor Chee Heung (belakang, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif SNMG, Alex Yeow. - Foto GLENN GUAN

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan media memainkan peranan penting dalam pembinaan sebuah negara.

Annuar berkata, media adalah artikulasi berkepentingan dan aspirasi negara selain cerminan nilai dan piawaian masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhbar The Star sambut ulang tahun ke-50! Rebut peluang sertai pelbagai aktiviti dan menangi banyak hadiah best sepanjang 2021

"Tidak hanya itu, ia mampu menjadi medium penglibatan awam melalui advokasi dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

"Tanpa media yang boleh dipercayai, masyarakat tidak dapat bergerak maju katanya..

The Star

Tetamu kehormat malam gala ulang tahun ke-50 The Star bergambar kenangan pada majlis yang diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Annuar berkata demikian ketika berucap pada malam gala sambutan ulang tahun ke-50 The Star yang diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada Selasa malam.

Mengangkat tema '50 Years of Shaping the Nation Together', Star Media Group mengambil peluang mengadakan malam gala itu sebagai menghargai sokongan daripada rakan kongsi perniagaan dan pihak berkepentingan

Selain Annuar, acara gilang gemilang itu turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pengerusi Star Media Group (SMG), Tan Sri Chor Chee Heung, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star (SMG) Alex Yeow dan Ketua Pegawai Kandungan SMG, Esther Ng.

Tambah Annuar lagi, pemilik media dan pencipta kandungan perlu berusaha untuk memenuhi jangkaan rakyat dalam memajukan pertumbuhan dan pembangunan negara dengan menjadi tempat rujukan yang boleh dipercayai.

file7ic3woj5vy9cyfqon4d

The Star menyambut ulang tahun ke-50 pada 9 September lalu.

Sementara itu, Chor dalam ucapannya memberitahu kejayaan The Star sebagai sebuah akhbar berbahasa Inggeris unggul di Malaysia adalah hasil daripada hubungan baik dengan pelbagai pihak terutamanya kerajaan, badan korporat dan masyarakat.

"Melangkah ke hadapan, hubungan di antara The Star dan rakan kongsi kami ini akan berkekalan dalam mencapai matlamat bersama untuk membuka pelbagai peluang baharu dan sekaligus memberikan yang terbaik kepada pengguna," katanya.

Dalam ucapannya, belaiu turut menzahirkan penghargaannya kepada pembaca The Star yang disifatkan sebagai nadi kepada syarikat itu.

"Anda adalah penggerak di sebalik komitmen kami terhadap kualiti dan kecemerlangan dan semua yang kami lakukan adalah demi anda," ujarnya.

Sementara itu, Chor turut mengenang kembali evolusi The Star daripada sebuah surat khabar kepada salah satu penyedia penyelesaian media bersepadu terunggul di Malaysia.

file7ic48x0bwhd7t2whn4e

Annuar bangga dengan pencapaian The Star.

"Daripada The Star kepada Star Media Group, ia bukti kepada peranan The Star dalam pembangunan negara dan bagaimana ia terus maju bersama negara dan rakyat.

"Dalam kemajuan itu, prinsip dan panduan kami jelas - komitmen untuk menyediakan berita yang tepat, menarik dan komprehensif kepada pembaca dan berdiri teguh terhadap misi kami untuk Inform, Inspire and Innovate (Memaklumkan, Menginspirasi dan Menginovasi)," ujarnya.

Dengan kedudukannya sebagai suara peneraju dalam industri media, Chor berkata, SMG akan terus melaksanakan tugasnya dengan menyokong pertumbuhan sosio-ekonomi Malaysia dan pembinaan negara melalui pelbagai media cetak, digital dan radio.

Dalam perkembangan lain, bersempena dengan ulang tahun itu, The Star menerusi badan amalnya, Star Foundation melancarkan Star Social Impact Grant yang julung kali diadakan.

Ia diadakan untuk bekerjasama dengan organisasi sosial dalam melaksanakan projek yang mampu memberi impak dalam memperbaiki kehidupan masyarakat setempat.

Sebanyak empat penerima menerima geran berjumlah RM200,000 dalam usaha menyokong projek sosial mereka dalam membawa perubahan kepada golongan memerlukan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain