PERGADUHAN yang tercetus antara tiga sekawan berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas lehernya dikelar menggunakan kunci. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 malam pada Sabtu (27 November), mangsa yang berusia 34 tahun berada di sebuah hotel di Johor Bahru bersama dua rakannya. "Semuanya bermula dengan pertengkaran, yang menyebabkan salah seorang daripada dua lelaki itu mengelar leher mangsa menggunakan kunci. ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas positif Covid-19 ditemui mati dengan kesan kelar di rumah "Selepas itu, dua lelaki itu pergi ke Balai Polis Setia Indah untuk membuat laporan polis, dan mendakwa mereka dipukul. "Soal siasat yang dilakukan mengaitkan mereka dengan kematian mangsa dan kedua-dua lelaki itu ditahan serta merta," katanya pada Ahad. Ayob berkata suspek berusia 23 tahun dan 31 tahun itu turut mengaku melakukan pembunuhan tersebut. "Suspek adalah pelanggan hotel dan motif pembunuhan masih disiasat," katanya sambil menambah kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Kedua-dua suspek juga memiliki rekod jenayah lampau dan masing-masing direman selama tujuh dan lima hari mulai 28 November untuk siasatan lanjut. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI