SEMUA aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal (HSK) di Selangor adalah dilarang bermula Rabu (1 Disember), berikutan musim tengkujuh.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dalam satu kenyataan berkata, arahan penutupan tersebut berkuatkuasa dari 1 Disember hingga 31 Januari 2022.
JPNS berkata, penutupan itu dilakukan bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan dalam kalangan para pendaki pada musim tengkujuh ketika ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Musim tengkujuh tiba lagi, apa kata ambil maklum tip penting hadapi banjir
"Individu yang melanggar notis ini akan diambil tindakan mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
"Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-55447000, 03-55447507 atau e-mel admin_eco_park@forestry.gov.my," kata JPNS dalam kenyataan tersebut.
Sebahagian daripada hutan simpan di Selangor termasuklah Hutan Simpan Kanching dan Templers Park di Rawang; Hutan Simpan Bukit Cherakah di Shah Alam dan Hutan Simpan Kota Damansara di Petaling Jaya. - THE STAR
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI