suria

Varian Omicron: Kerajaan tangguh sementara peralihan ke fasa endemik

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan sedang memantau rapat negara-negara yang dilanda penularan varian Omicron.

PUTRAJAYA memutuskan untuk menangguhkan seketika peralihan negara ke fasa endemik susulan penularan varian Covid-19, Omicron, baru-baru ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menteri Pertahanan berkata, perkara berkenaan diputuskan oleh Kabinet selepas Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 pada Selasa (30 November).

ARTIKEL BERKAITAN: Tarikh peralihan ke fasa endemik akan diumum apabila tiba masanya

"Buat masa ini, Mesyuarat Kuartet memutuskan untuk menangguhkan sementara usaha kita dalam peralihan ke fasa endemik sehingga kita mengetahui lebih lanjut mengenai varian Omicron," kata Hishammuddin semasa sidang media di Parlimen.

"Jika kita tidak memantau Omicron dengan teliti, maka bagaimana kita harus menanganinya?" kata beliau.

Hishammuddin menambah Putrajaya kini sedang memantau rapat negara-negara yang dilanda penularan varian Omicron.

Sementara itu Hishammuddin juga berkata larangan ke atas tujuh negara Afrika iaitu Afrika Selatan, Botswana, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe, adalah bukan berdasarkan geopolitik, tetapi kesihatan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain