suria

Covid-19 : Pengembara dari negara berisiko akan dipakaikan peranti penjejak digital

Pengembara dari negara berisiko akan dipakaikan peranti penjejak digital

PENGEMBARA dari negara berisiko tinggi yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipakaikan peranti penjejak digital sepanjang tempoh kuarantin di rumah, kata Khairy Jamaluddin.

Ini berikutan pengesanan varian Covid-19 Omicron di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN : Covid-19: Kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia

Menteri Kesihatan berkata pelancong dari negara berisiko tinggi yang disenaraikan oleh kerajaan di bawah pemantauan rumah akan tertakluk kepada pengawasan yang dipertingkatkan.

Beliau berkata ini bagi memastikan pengembara mematuhi arahan kuarantin di rumah.

“Salah satu langkah yang akan kami lakukan ialah menggunakan peranti pengesan digital pada pengembara yang datang dari negara yang kami anggap berisiko tinggi,” katanya semasa sidang media pada Jumaat (3 Dis).

Khairy menyatakan negara akan dapat membendung virus itu sama ada varian Omicron atau Delta selagi semua orang mematuhi langkah kesihatan awam yang ditetapkan.

Sementara itu, Khairy juga mengumumkan bahawa semua pelancong yang menyertai gelembung perjalanan Langkawi perlu menjalani ujian tambahan Covid-19 RTK-Ag pada hari ketiga dan kelima ketibaan.

Varian Omicron dikesan pada Khamis (2 Dis) membabitkan pelajar universiti swasta Afrika Selatan berusia 19 tahun di Ipoh yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 Nov. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain