suria

Covid-19: Kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Foto: BERNAMA.

KES pertama varian Covid-19 Omicron telah dikesan di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian semasa sidang media khas pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Varian Covid-19 baharu, rakyat Malaysia dilarang lawat beberapa negara Afrika.

Pelancong dari beberapa negara dilarang untuk sementara waktu menyertai program gelembung perjalanan antarabangsa Langkawi berikutan pengesanan kes melibatkan varian Omicron.

Kes ini berlaku selepas Singapura melaporkan penemuan dua kes varian Omicron di negara itu.

Dalam pada itu, Khairy pada Jumaat lalu turut memaklumkan mengenai larangan rakyat Malaysia melawat beberapa negara Afrika berikutan penemuan varian baharu Covid-19 iaitu B.1.1.529.

Khairy berkata negara-negara itu adalah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe.

Larangan perjalanan itu berkuat kuasa pada hari Sabtu (27 November).

Khairy juga berkata warga asing yang mempunyai sejarah perjalanan ke Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe sejak 14 hari lalu tidak akan dibenarkan memasuki Malaysia.

Rakyat Malaysia dan penduduk tetap yang pulang ke tanah air selepas melawat negara-negara Afrika tersebut dibenarkan memasuki Malaysia tetapi mesti menjalani kuarantin mandatori 14 hari.- The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain