suria

Wajib pakai pelitup muka walaupun negara masuk fasa endemik

Wajib pakai pelitup muka walaupun masuk fasa Endemik.

MALAYSIA tidak berhasrat untuk memansuhkan keperluan memakai pelitup muka di tempat awam dalam masa terdekat, kata Datuk Aaron Ago Dagang.

Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, satu kajian telah dijalankan oleh kementerian antara 5 hingga 11 Okt lepas, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Kajian mendapati 95% daripada responden masih mematuhi SOP, dan bersetuju ia perlu dikekalkan.

Ini termasuk pemakaian pelitup muka dan amalan serta penguatkuasaan penjarakan sosial di kawasan awam.

“Jadi, kedua-dua amalan ini harus diamalkan sebagai norma baharu oleh semua individu. Justeru, walaupun Malaysia melangkah ke peringkat endemik, amalan ini mesti diteruskan.

“Selain itu, dengan kemunculan varian Omicron, kami mendapati negara seperti United Kingdom juga sekali lagi memaklumkan rakyat mereka mengenai peningkatan penggunaan topeng muka dan penjarakan fizikal,” katanya menjawab soalan Datuk Mohamaddin Ketapi (PN-Bersatu).

Mohamaddin sebelum itu bertanya kepada Kementerian Kesihatan sama ada ia akan mempermudahkan prosedur operasi standard Covid-19, termasuk memakai topeng muka dan penjarakan fizikal, memandangkan beberapa negara Eropah tidak lagi mengenakan peraturan wajib memakai pelitup muka.

Timbalan menteri berkata, penggunaan pelitup muka yang betul telah dianggap sebagai salah satu langkah berkesan untuk menghentikan penularan Covid-19.

“Keberkesanan penggunaan topeng muka telah diperakui oleh badan antarabangsa yang berwibawa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat,” katanya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

pelitup muka, endemik, sop, kkm

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan