KETUA Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dilantik sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Khabar mengenai pelantikan itu disahkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. “Memang benar, beliau telah dilantik sebagai ADC mulai Rabu,” katanya ketika dihubungi. Kekosongan jawatan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor akan diisi tidak lama lagi, kata KPN. Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang mengenai pelantikan beliau sebagai ADC. Pegawai kanan polis berusia 43 tahun itu dilantik sebagai ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor pada 12 April selepas menjadi Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sejak 17 Februari tahun lepas. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI