EMPAT puluh satu pelajar Politeknik Nilai di Seremban disahkan positif Covid-19 sejak beberapa hari lalu, kata anggota exco kesihatan negeri S. Veerapan. “Sebelas pelajar pada mulanya disahkan positif selepas mereka menjalani saringan antara 3 dan 6 Dis. “Sehingga hari ini (15 Dis), 440 pelajar dan kenalan rapat telah saringan, dan 399 didapati negatif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata 14 individu yang didapati positif sebelum ini dibenarkan pulang selepas menerima rawatan. "Sepuluh telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Tampin, seorang dimasukkan ke hospital dan baki pelajar ditempatkan di asrama di politeknik," katanya. Seramai 38 lagi kenalan rapat juga telah dikuarantin di blok lain di politeknik. Secara berasingan, Veerapan berkata 10 ahli keluarga di Broga didapati positif virus itu. Beliau berkata dua individu kemudian pulang ke rumah mereka di Kg Broga dan tiga lagi pulang ke rumah mereka di Semenyih, Selangor. "Mereka berhubung rapat dengan sembilan individu lain dan bukan 40 orang seperti yang disebut dalam satu mesej yang tular," kata Veerapan. “Mereka yang didapati positif juga telah dihantar ke PKRC Tampin untuk rawatan,” katanya sambil memberitahu keadaan mereka stabil. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI