suria

Angka harian kembali menurun, Malaysia rekod 3,900 kes Covid-19

Malaysia catat 3,900 kes baharu Covid-19

SEBANYAK 3,900 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu.

Angka terbaharu itu menunjukkan penurunan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Selasa iaitu 4,097 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,703,140 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, kes harian, KKM, Noor Hisham

Artikel Lain