suria

Dua kematian direkodkan setakat ini akibat banjir di lima negeri

Dua kematian direkodkan setakat ini akibat banjir di lima negeri.

HUJAN lebat dalam tempoh 24 jam lepas menyebabkan banjir di merata tempat di sekurang-kurangnya lima negeri di semenanjung.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad, berkata antara negeri yang terkesan adalah Selangor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Dalam tempoh 24 jam yang lalu, kita telah menerima laporan sekurang-kurangnya dua kematian. Satu di Pahang dan satu lagi di Terengganu," katanya dalam satu temu bual.

Beliau berkata Klang dan beberapa bahagian di Selangor adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan lebih 1,000 orang dipindahkan dalam tempoh 24 jam lepas.

"Bagi Klang, yang paling teruk masih belum berakhir kerana selain hujan lebat, air pasang besar juga menyebabkan banjir berterusan," katanya sambil menambah kawasan yang paling teruk terjejas termasuk Kapar, Meru, Telok Panglima Garang dan Banting.

Tambahnya, situasi sama turut berlaku di Masjid Tanah di Melaka.

Beliau menasihatkan orang ramai terutama di kawasan rendah supaya menyediakan dokumen masing-masing dan bersedia untuk dipindahkan kerana tempoh 24 jam akan datang amat penting.

"Malah satu daripada jentera bomba kami tenggelam sama sekali dalam air banjir. Nasib baik tiada kecederaan dalam kalangan anggota kami yang terlibat dalam operasi menyelamat di seluruh negara," tambahnya.

Banjir juga dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Negeri Sembilan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain