suria

“Kalau nak menunjuk saya dah buat OOTD” - Jovian jawab isu naik helikopter, tak guna aset kerajaan

Foto kiri posting Jovian berkaitan helikopter, kanan Jovian tampil memberi penjelasan.

SETELAH berkongsi 'posting' menaiki helikopter di laman sosial, menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datuk Jovian Mandagie menafikan beliau menggunakan aset kerajaan untuk tujuan peribadi selepas terkandas akibat banjir.

Pereka fesyen terkenal itu menganggap dakwaan terhadap dirinya sebagai satu fitnah.

ARTIKEL BERKAITAN: "Antara saya dan Datuk Seri, beliau lagi berani" - Menantu dedah menteri 'very adventurous', siapa 2 individu di sebalik baju 'sedap' Ismail Sabri?

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak serius tapi Ismail Sabri suka menyakat anak isteri... Chelsea dan Hael Husaini antara info menarik PM ke-9

"Isu helikopter, tak perlu dipanjang. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing dan buat video OOTD (oufit of the day) sakan. Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan begitu.

"Saya tak guna aset kerajaan, lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. You all nak maki hamun saya, teruskan tetapi itu adalah fitnah," tegasnya menerusi posting di laman Instagram miliknya, Ahad malam.

jovian heli 3

Perkongsian Jovia menerusi story di Instagram.

Dalam pada itu, Jovian turut memberi penjelasan berhubung pertikaian di media sosial apabila pasukan bantuannya tidak menggunakan helikopter tersebut bagi membantu mangsa banjir.

"Kenapa tak guna helikopter nak bantu orang ramai? Pasal itu helikopter komersial, jadi tak boleh nak buka pintu and turunkan bantuan atau naikkan mangsa," katanya.

Dalam pada itu, Jovian turut menjawab persoalan mengapa dia secara tiba-tiba menawarkan bantuan kepada mangsa banjir ekoran isu helikopter menjadi tular.

"Saya tiba-tiba buat bantuan setelah kena viral di Twitter? Saya bantu ikhlas kali ni, sewaktu White PPE, Palestine mask, bendera putih mask dan apa pun bencana. Saya suka bantu orang, dan ikhlas!" katanya yang merujuk kepada aktiviti-aktiviti kebajikan yang dilakukan sebelum ini.

Lebih baik bantu negara daripada terus mengecam perkara yang tidak benar tentang saya

DATUK JOVIAN MANDAGIE

Jovian turut meminta individu yang kurang senang dengan dirinya untuk tidak mengikutinya di laman sosial.

"Kalau you tak suka saya, unfollow saja. Lebih baik bantu negara daripada terus mengecam perkara yang tidak benar tentang saya.

"Banyak perkara yang lebih baik perlu dilakukan bagi membantu rakyat di luar sana. Betul orang memang tengah sengsara. Kalau nak join turun padang agihkan makanan roger saya," katanya.

jovian heli 1

Penjelasan Jovian berhubung isu yang tular.

Terdahulu, Jovian berkongsi satu story di laman instagram menunjukkan dirinya terkandas akibat banjir dan tidak dapat pulang bertemu dengan isteri dan anak perempuannya.

Perkongsian satu lagi story lain menunjukkan pemandangan dari udara yang menyaksikan lokasi terjejas akibat banjir bagaimanapun telah dipadamkan.

Segelintir netizen menyifatkan perkongsian Jovian yang memaparkan beliau menggunakan helikopter tidak sensitif dengan kesengsaraan yang menimpa mangsa banjir sehingga ada yang terkandas di dalam kenderaan dan terpaksa berada di atas bumbung bagi mencari perlindungan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain