suria

Jabatan Meteorologi keluarkan amaran ribut petir di Sarawak, Sabah, Johor dan Pahang

Keadaan cuaca ini dijangka berlarutan sehingga 4 petang. Foto: RICKY LAI/The Star.

TRAGEDI banjir yang melanda sebahagian negeri sejak beberapa hari lalu ternyata membimbangkan kita semua.

Dalam perkembangan terbaharu, ribut petir, angin kencang dan hujan dijangka melanda Sarawak pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Paras air di beberapa kawasan di Shah Alam meningkat semula

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyaaan memaklumkan, Sabah, Johor dan Pahang juga akan terjejas.

269599843_284228923747429_3473347754955032638_n

Infografik yang dikeluarkan oleh MetMalaysia pada Rabu.

Daerah yang disenaraikan termasuk Betong, Bintulu dan Miri.

Tambah jabatan itu, keadaan cuaca ini dijangka berlarutan sehingga 4 petang. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

MetMalaysia, banjir, hujan, ribut, bah

Artikel Sebelum

Artikel Lain