TIDAK hanya penampilan luaran perlu dilihat kemas dan bergaya, namun penjagaan kesihatan gigi juga harus dititikberatkan demi memastikan ia berada dalam keadaan yang baik. Apabila gigi bersih dan sihat ia secara tidak langsung memberikan keyakinan yang tinggi kepada seseorang. Bertitik tolak daripada amalan kesihatan yang baik itu, ubat gigi jenama Mismis keluaran tempatan mula memasuki pasaran pada 2018. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dulu jual pizza di pasar malam, kini ibu tunggal anak lima ini bangga bisnes makanan asal Itali masuk hypermarket Ia dilihat bertepatan dengan kesedaran pengguna yang semakin mementingkan kandungan dalam ubat gigi. Menurut Pengarah Urusan NFA Technologies Sdn Bhd, Noormawarni Nordin, ubat gigi Mismis mengandungi sebahagian ekstrak koko iaitu koko-polifenol. Ubat gigi jenama Mismis sesuai digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak. Katanya kandungan bahan aktif koko-polifenol dalam produk tersebut bertindak sebagai agen antibakteria yang dapat melindungi gigi secara menyeluruh. "Sememangnya sudah banyak produk ubat gigi dalam pasaran, tapi kita kena cari yang memberi kebaikan kepada diri. "Bagi Mismis kami mengutamakan penggunaan bahan semula jadi. Andai kata kanak-kanak yang menggunakannya tertelan ketika memberus gigi, tiada masalah. Produk jenama kami agak kompetitif, harganya masih mampu milik. NOORMAWARNI NORDIN USAHAWAN "Ubat gigi Mismis bersumberkan 99.9 peratus bahan semula jadi," katanya ketika ditemui mStar baru-baru ini. Mengulas tentang harga, Noormawarni berkata Mismis menawarkan harga yang berpatutan untuk kegunaan seisi sekeluarga. "Produk jenama kami agak kompetitif, harganya masih mampu milik. "Selalunya sebelum orang beli mereka akan tengok yang murah, ada juga yang suka yang mahal lebih meyakinkan Ubat gigi perisa chocolata sesuai digunakan oleh kanak-kanak. "Tapi hakikatnya harga bukan penentu kualiti produk. Jadi anda perlu semak dulu kandungan sesuatu produk itu Bercerita lanjut tentang jenama Mismis, Noormawarni berkata pemilihan nama yang kedengaran agak ‘catchy’ itu diambil daripada akronim Make It Smile. Pengguna mempunyai empat pilihan iaitu pudina koko dan ekstra pudina segar untuk dewasa selain chocolata serta bubble gummy bagi kanak-kanak. Tambah usahawan yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini lagi, sebagai pengeluar produk tempatan mereka perlu bersaing secara sihat dengan jenama antarabangsa yang sudah bertapak lebih lama dalam pasaran. Akui sukar pada mulanya, namun usaha berterusan dengan mendekati pengguna bagi memperkenalkan Mismis akhirnya membuahkan hasil. "Kami banyak memberikan penerangan dan kesedaran kepada pengguna menerusi media sosial dan acara anjuran agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Noormawarni harap usahawan baharu belajar melebarkan rangkaian perniagaan masing-masing. "Melaluinya kami jelaskan tentang kandungan ubat gigi Mismis serta kebaikan untuk pengguna. "Alhamdulillah hingga kini jenama kami sudah diedarkan di klinik pergigian, farmasi serta pasar raya di seluruh negara," katanya. Dalam pada itu Noormawarni berkata KPDNHEP juga banyak memberi ruang kepada usahawan sepertinya untuk memasarkan produknya agar lebih dikenali. "KPDNHEP banyak bantu kami daripada segi pemasaran. Mereka ada banyak acara untuk promosi produk lokal. "Itu adalah peluang untuk kami dekati pengguna. Malah KPDNHEP juga bantu kami daripada segi pembungkusan agar ia kelihatan lebih menarik," katanya. Dalam pada itu Noormawarni berharap sesiapa sahaja yang memasang niat untuk menceburi bidang perniagaan agar sentiasa fokus dengan apa yang dilakukan agar ia tidak menjadi sesuatu yang sia-sia. Bukan itu sahaja, Noormawarni juga menasihatkan peniaga baharu supaya melebarkan networking masing-masing demi mempelajari ilmu daripada mereka yang lebih berpengalaman. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI