SEBUAH van penghantaran yang membawa bir terbalik, menyebabkan tin-tin minuman keras itu berselerakan di tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang pada pagi Ahad (2 Januari). Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, pemandu van berkenaan dipercayai hilang kawalan dan kenderaan yang dipandunya terbalik di tengah-tengah jambatan ketika dalam perjalanan ke Prai. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pemandu van itu berjaya menyelematkan diri dengan keluar daripada kenderaannya dan hanya mengalami cedera ringan. Hanya sebahagian lorong di jambatan itu mengalami kesesakan dan difahamkan tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan itu. Punca kemalangan masih dalam siasatan. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI