SATU ciapan 'minta kerja' oleh admin pelatih akaun Twitter rasmi Mydin membolehkan dia ditawarkan jawatan tetap. Satu tweet pada 23 Disember 2021 mendedahkan bahawa pentadbir akaun rasmi syarikat itu adalah pelatih yang akan menamatkan perkhidmatannya pada hujung 2021.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan Bencana Istana Negara teruskan misi bantu mangsa banjir di Karak, lakukan kerja pembersihan Berikutan itu, sebilangan besar pengguna media sosial menyeru Mydin untuk mempertimbangkan memberi jawatan tetap kepada admin Twitter itu. Pengendali akaun Twitter milik pawagam tempatan Golden Screen Cinemas dan penyedia perkhidmatan penstriman video dalam talian iQIYI turut menyertai perbualan itu, dengan kedua-duanya meminta pelatih itu menyerahkan resumenya kepada mereka. Tidak disangka, Ameer menjawab, "Ok" melalui ciapannya. Admin Twitter Mydin kemudian menghubungi pengarah urusan rantaian itu Datuk Dr Ameer Ali Mydin dalam satu tweet untuk memohon jawatan tetap dan akhirnya dijawabnya ‘OK’ pada 1 Januari 2022. Selepas melihat balasan tersebut, banyak pujian dengan mesej ucapan tahniah diberikan oleh rakan pengguna Twitter untuk pelatih itu. “Tahniah Min! Berita gembira untuk tahun baru. Nanti jangan lupa belanja mak ayah,” kata pengguna Twitter @qweasdzxc2105 Antara lain adalah @zulfadzley yang berkata tweet itu membuatkan mereka mahu menukar pembelian barangan runcit rumah mereka dari Tesco kepada Mydin. Pengguna lain juga berasa terhibur dengan jawapan Ameer dan segera mengulas tentang sifat kebapaan dan santai pengarah Mydin tersebut. “Typical bapak-bapak punya reply ni,” kata pengguna @dyabadlisha. “Jawapan Datuk tentang perkara ini begitu kebapakan. Tidak banyak bercakap tetapi ada jawapannya,” tambah pengguna @ateribblepoet. Ciapan asal telah menerima hampir 17,000 tanda suka dan 6,509 retweet pada masa artikel ini ditulis. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI