suria

Kepala katil tercabut, sampah penuh 1 rumah... pemilik lega ‘penyewa dari neraka’ sudah tiada

Apartmen itu dikatakan terletak di Lembah Klang dan disewa oleh penduduk tempatan selama tiga bulan.

BAGAIKAN mimpi ngeri.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib pemilik hartanah ini apabila dia berhadapan dengan "penyewa dari neraka".

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Penyewa dari neraka’ memang wujud! Pemilik perlu ‘daki’ timbunan sampah cecah siling nak masuk rumah... siap pakej haiwan, bangkai

Bayangkan, anda membeli sebuah apartmen sebagai pelaburan, namun penyewa pula membuat angkara sehingga kediaman indah bertukar menjadi mimpi ngeri buat pemiliknya.

Koleksi foto-foto dalam kediaman itu turut dikongsi ke Facebook sebagai peringatan kepada pemilik hartanah yang lain.

Sehingga kini, posting berkenaan dikongsi lebih 3,000 kali di media sosial berkenaan.

sampah2

Keadaan rumah itu yang dipenuhi sampah.

Foto-foto itu mendedahkan bagaimana penyewa membuang topeng muka terpakai, gulungan tisu tandas, pakaian kotor, beg plastik, sisa kertas dan botol kosong di seluruh apartmen.

Lebih teruk, kelihatan katil juga sudah terpisah dengan bahagian kepala katil.

Tiada maklumat lanjut dikongsi, namun apartmen itu dikatakan terletak di Lembah Klang dan disewa oleh penduduk tempatan selama tiga bulan.

Dedah pemilik hartanah, dia bagaimanapun lega apabila penyewa berkenaan sudah tidak menetap di situ. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain