PELAJAR yang kehilangan buku teks akibat kejadian banjir tidak perlu membeli buku baharu kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menggantikannya secara percuma. ARTIKEL BERKAITAN: Bantuan mangsa banjir rumah musnah cecah sehingga RM61,000 - PM Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementerian mempunyai stok yang mencukupi untuk menampung keperluan pelajar yang terjejas. “Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan setakat 7 Januari lalu, sebanyak 263,662 buku teks rosak akibat banjir melibatkan 14,422 pelajar di seluruh negara. "Kementerian Pendidikan mempunyai stok yang mencukupi untuk menggantikan buku teks ini bagi memastikan pelajar dapat mengikuti persekolahan mereka mulai minggu depan," ujarnya menerusi satu video yang dimuat naik ke Facebook pada Jumaat. Radzi memberi jaminan kepada pelajar yang kehilangan buku teks samada rosak atau hancur dalam banjir bahawa mereka tidak perlu menanggung sebarang kos untuk menggantikannya. Tambahnya, Kementerian Pendidikan akan memastikan ia dilakukan segera supaya sesi pembelajaran di sekolah dapat berjalan dengan lancar dan teratur. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI