suria

"Saya akan lawan" - Azam Baki

Azam masih meneruskan tugasnya.

DIPALIT kontroversi pemilikan saham yang hangat diperkatakan, Tan Sri Azam Baki muncul mengadakan lawatan mengejut di Kolam Takungan Banjir Sungai Jinjang, Kepong di ibu negara.

Ketika dihubungi mStar, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui dirinya dalam keadaan baik dan meneruskan tugas seperti biasa.

"Saya OK, masih bekerja dan tidak cuti," demikian jawapan ringkasnya menerusi WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Salah laku pemilikan saham: Tak sependapat Abu Zahar, 6 ahli LPPR nafi ‘bersihkan’ Azam Baki

Sebelum ini ada laporan menyebut Azam sedang bercuti susulan siasatan yang dijalankan terhadap dirinya.

Terdahulu, enam ahli Lembaga Penasihat SPRM menafikan suruhanjaya itu mengesahkan Azam tidak terlibat daripada sebarang salah laku dalam pemilikan saham korporat.

Mereka berkata, komen pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang itu sebaliknya adalah pandangan peribadi beliau.

Mengulas lanjut, ketika ditanya mengenai kes yang melibatkan dirinya itu, beliau menjawab: "Saya ada semua dokumen, saya akan lawan."

Berdasarkan laporan Berita Harian ketika membuat liputan lawatan di Kepong, Azam berkata bersedia sekiranya kes yang didakwa membabitkan dirinya dirujuk kepada Jawatankuasa Aduan SPRM.

Malah katanya, sekiranya kes itu dirujuk, beliau juga bersedia menyerahkan kepada budi bicara Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) kerana tiada sebarang fakta disembunyikannya.

Katanya, sekiranya kes itu dirujuk, beliau juga bersedia menyerahkan kepada budi bicara Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) kerana tiada sebarang fakta disembunyikannya.

Beliau juga yakin tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau salah guna kuasa seperti yang didakwa pihak tertentu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Azam Baki, SPRM, LPPR, pemilikan saham, dokumen

Artikel Lain