MALANG tidak berbau. Begitulah nasib seorang wanita apabila dia hilang ketika sedang mendaki bukit di Tanjung Bungah, George Town, Pulau Pinang. Menerusi kejadian pada Sabtu, dia dikatakan sesat mendaki di sebuah bukit berhampiran Kondominium Surin di Tanjung Bungah. Mangsa dipercayai memulakan pendakian dari Taman Botani pada jam 4.30 petang tetapi sesat mengelilingi bukit berhampiran Kondominium Surin sekitar jam 6 petang. Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama-sama skuad bomba sukarela Gunung Erskine, Bukit Pulau Pinang dan Paya Terubong telah melakukan pencarian dua kali untuk mencari pendaki itu, namun tidak berhasil. Pencarian masih diteruskan. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI