suria

Long Tiger bakal didakwa Rabu ini

Long Tiger ditangkap di Kedah pada 28 Disember lalu.

LELAKI etnik Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger dijangka didakwa di mahkamah pada Rabu ini.

Menurut Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain, lelaki berusia 32 tahun itu, yang nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyorok di Kedah, Long Tiger akhirnya ditangkap

Pada 15 Disember, Abdul Hamim melarikan diri melalui pintu masuk utama mahkamah Tangkak sekitar tengah hari sebelum pendengarannya.

Dia dijemput dari Penjara Sungai Udang di Melaka sehari sebelum kejadian dan dibawa menghadiri sesi mahkamah untuk kes di bawah Seksyen 388 kerana pemerasan.

Abdul Hamim kemudiannya ditangkap semula di Kedah pada 28 Disember dan disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain