suria

SOP baharu umrah sedang diperhalusi - Nancy Shukri

Garis panduan SOP baharu ibadah umrah yang dikemas kini oleh MOTAC telah siap sepenuhnya. Gambar hiasan

MENTERI Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu ibadah umrah yang dikemas kini oleh kementeriannya, telah siap sepenuhnya.

Bagaimanapun ujar Nancy, SOP berkenaan belum dimuktamadkan lagi buat masa ini.

Nancy berkata, antara yang diperhalusi di dalam SOP baharu itu melibatkan masalah kuarantin dan insurans perlindungan jemaah umrah sekembalinya ke tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbangan semula jemaah umrah tidak semestinya pada 8 Februari ini - Nancy Shukri

"SOP ini perlu dipersetujui oleh pihak-pihak berkaitan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diumumkan," katanya pada sidang akhbar majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia di kementeriannya di Putrajaya, pada Khamis.

Dalam sidang media yang sama, Nancy turut menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul sama ada boleh meneruskan penerbangan umrah pada 8 Februari depan.

"Sebelum ini diumumkan penggantungan selama satu bulan dari 8 Januari sehingga 7 Februari...Tidak semestinya (8 Februari) terbang terus, mungkin kena uruskan SOP dan tempahan serta sebagainya.

"Saya tidak kata boleh terus terbang tetapi ikut perkataan (yang digunakan) boleh bermula," katanya.

Nancy pada Rabu mengumumkan kabinet bersetuju memutuskan untuk membenarkan semula ibadah umrah bermula 8 Februari depan. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain