suria

Penerbangan semula jemaah umrah tidak semestinya pada 8 Februari ini - Nancy Shukri

Sebelum ini diumumkan penggantungan perjalanan itu selama satu bulan bermula 8 Januari sehingga 7 Februari.

PERJALANAN umrah rakyat negara ini ke tanah suci Makkah tidak semestinya akan dilaksanakan semula pada 8 Februari ini.

Demikian penjelasan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berhubung perjalanan tersebut yang digantung sejak 8 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang varian Omicron, kerajaan tangguh sementara kebenaran perjalanan umrah

Jelas Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri, ini kerana banyak perkara yang perlu dimuktamadkan sebelum penerbangan dibuat.

"Sebelum ini diumumkan penggantungan selama satu bulan dari 8 Januari sehingga 7 Februari... Tidak semestinya (8 Februari) terbang terus, mungkin kena uruskan prosedur operasi standard (SOP) dan tempahan serta sebagainya.

"Saya tidak kata boleh terus terbang, tetapi ikut perkataan boleh bermula," katanya dalam sidang akhbar majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia di kementeriannya di Putrajaya pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kekeliruan dan persoalan yang timbul berhubung kebenaran pelaksanaan ibadah umrah yang diputuskan kabinet pada Rabu. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain