SEORANG juruteknik lif maut terjatuh ketika bekerja di ruang lif di sebuah pusat beli-belah di Cheras. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, insiden berlaku pada pukul 11.55 pagi Jumaat di tingkat dua pusat beli-belah itu. "Rakaman CCTV menunjukkan mangsa berusia 32 tahun terjatuh selepas terpijak tong sampah yang digunakan yang digunakan untuk turun dari lantai lif utama. "Kejadian itu tidak disedari oleh orang lain kerana lif tersebut tidak di gunakan dan bukan berada di laluan pengunjung," katanya pada Ahad. Muhammad Idzam berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian pada Sabtu. Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah dalam ruangan lif. "Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan," tambah beliau. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI