suria

RHB, SMG jalin kerjasama bantu peniaga tempatan! Tunjukkan solidariti anda dan #JomSapot BeliLokal

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Perbankan RHB Abdul Sani Abdul Murad (kiri), Ng (tengah) dan Wang melancarkan kerjasama #JomSapot BeliLokal di Menara Star, Petaling Jaya, Jumaat.

KUMPULAN Perbankan RHB (RHB) #Jom Sapot dan Kumpulan Media Star (SMG) BeliLokal pada Jumaat mengukir sejarah kerjasama menerusi kempen yang menyokong perniagaan rakyat Malaysia sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara.

Dua tahun lalu, berlaku perubahan besar terhadap landskap ekonomi negara dan kesan penularan wabak Covid-19 itu menyebabkan banyak bisnes khususnya perniagaan mikro, perniagaan kecil dan sederhana (SME) dilanda musibah.

Langkah ini pastinya membawa harapan serta semangat positif kepada peniaga, seiring sambutan tahun baru yang mana kedua-dua pihak menjalinkan kolaborasi #JomSapot BeliLokal yang dilakukan demi membantu negara kembali pulih.

"Kami secara berterusan mengkaji pelbagai lagi cara untuk membantu SME dan menerusi kerjasama strategik dengan SMG yang mengutamakan inisiatif #JomSapot dan BeliLokal, kami berjaya menyediakan jalan baru beserta rangsangan yang kuat kepada perniagaan dengan memanfaatkan pembaca media SMG yang meluas untuk memacu lagi keterlihatan dan kesedaran tentang aktiviti perniagaan PKS serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

"Oleh itu, menjadi harapan kami bahawa PKS akan mengambil bahagian dan menggunakan sepenuhnya platform ini untuk mendekati dan memanfaatkan peluang perniagaan baharu," ujar Pengarah Urusan Perbankan Komuniti Kumpulan RHB Jeffrey Ng.

Peniaga tempatan, merentasi kategori makanan dan minuman, perjalanan, rumah dan kediaman, kesihatan dan kesejahteraan, runcit serta perkhidmatan akan disediakan penyenaraian produk percuma eksklusif di #JomSapot RHB dan BeliLokal SMG selama enam bulan dan komunikasi pemasaran lain, dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengguna tanpa kos tambahan apabila mereka menyertai kempen.

Ini bermakna selain disenaraikan di platform #JomSapot BeliLokal, produk dan perkhidmatan peniaga juga akan diterbitkan dalam bentuk digital, cetakan dan radio di seluruh The Star, mStar dan 988FM untuk menjangkau khalayak yang lebih luas.

Selain itu, platform kerjasama ini menyediakan sokongan 'hujung ke hujung' kepada perniagaan, termasuk RHB memudahkan peniaga menguruskan pembayaran pelanggan dengan mudah melalui DuitNow QR melalui Aplikasi Mudah Alih RHB Reflex.

“SMG telah cuba membantu mikro dan PKS Malaysia yang sedang bergelut, kami kini berganding bahu dengan RHB melalui kerjasama #JomSapot BeliLokal, yang memanfaatkan kekuatan organisasi masing-masing.

“Melalui kempen ini, perniagaan boleh menjangkau khalayak yang lebih besar yang akan meningkatkan keuntungan mereka, manakala pengguna boleh menemui dan menyokong perniagaan tempatan ke arah pemulihan ekonomi negara,” kata Ketua Pegawai Perniagaan SMG Lydia Wang.

Untuk menyertai kempen ini, peniaga baharu perlu mendaftar Akaun Semasa Perniagaan RHB untuk mendapat pendedahan mempromosikan perniagaan mereka, manakala peniaga sedia ada hanya perlu mendaftar sendiri untuk menjadi sebahagian daripada kempen #JomSapot BeliLokal tanpa kos tambahan.

Sementara itu, bagi pelanggan RHB yang menyertai dan menyokong peniaga tempatan ini melalui #JomSapot BeliLokal, mereka boleh memperoleh sehingga 10 juta mata kesetiaan untuk menebus lebih 8,000 hadiah dan baucar apabila berbelanja dengan #JomSapot menggunakan kad kredit atau debit RHB atau DuitNow QR.

Peniaga terpilih juga akan ditampilkan dalam salah satu daripada tiga sesi jualan langsung 'Sapot Lokal Day' eksklusif dalam separuh pertama tahun ini, yang akan berlangsung pada bulan Mac, April dan Jun.

Ini berdasarkan kempen #JomSapot RHB, yang membantu PKS mempercepatkan aktiviti perniagaan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dengan mudah kepada 4 juta asas pelanggan RHB sedia ada pada kos sifar.

Sejak pelancarannya pada 2020, #JomSapot telah mendapat perhatian dan sejak itu telah menarik lebih 5,700 cawangan yang dikendalikan oleh PKS di Malaysia daripada pelbagai segmen industri.

Urus niaga pedagang telah meningkat dengan ketara, dengan peniaga #JomSapot merekodkan pertumbuhan perbelanjaan kad kredit dan kad debit masing-masing sebanyak 12 peratus dan 20 peratus.

Nilai transaksi QR DuitNow RHB juga meningkat enam kali ganda dan volum transaksi meningkat tujuh kali ganda melalui kempen tersebut.

Untuk mendaftar menjadi sebahagian daripadanya dan menikmati faedah istimewa, atau untuk menunjukkan solidariti anda dengan menyokong perniagaan tempatan, layari www.rhbjomsapot.my.

Terokai kepelbagaian perniagaan Malaysia

Ingin tahu tentang peniaga terlibat kempen #JomSapot? Mari lihat beberapa perniagaan tempatan ini!

Miana Mart
> Miana Mart

Perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama di Damansara untuk roti, kek dan barangan tenusu, Miana Mart diasaskan untuk menangani jurang antara permintaan pengguna dan bekalan barangan sensitif suhu, apabila ia melibatkan faktor logistik.

Restoran Hadramawt Castle
> Restoran Hadramawt Castle

Terletak di Shah Alam, Restoran Hadramawt Castle telah ditubuhkan untuk memperkenalkan masakan asli dan tradisional Yaman kepada rakyat Malaysia. Menghidangkan makanan Timur Tengah yang lazat, restoran ini bertujuan untuk memberikan pelanggan merasai hidangan tradisionalnya, yang tidak mudah ditemui di Malaysia.

Bean Jr
> Bean Jr

Diasaskan pada 2019 oleh sekumpulan usahawan yang meminati makanan yang lazat, Bean Jr berusaha untuk menyajikan pengalaman menjamu selera tanpa kalah dengan makanan dan minuman yang lazat kepada semua rakyat Malaysia. Ia telah melebarkan sayap di seluruh Lembah Klang.

Aurora
> Aurora Italia

Ditubuhkan pada 2017, Aurora Italia mengambil inspirasi daripada alkimia cahaya, warna berkilauan dan nota romantik untuk mencipta karya elegan dan unik yang mampu milik serta mempunyai kualiti terbaik.

Top Girl
> Top Girl

Impian dan polisi Top Girl adalah untuk memberikan pakaian wanita yang bergaya, buatan tempatan dengan kualiti premium dalam semua saiz pada harga berpatutan yang sesuai untuk sebarang majlis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain