ISU keperawanan gadis sunti sering menjadi kontroversi jika ia dibahaskan di khalayak sama ada menerusi media sosial atau secara bersemuka. Kumpulan hawa pastinya tampil dengan hujah dan ideologi mereka demi membela kaum sejenis yang acap kali dihina jika kehilangan dara sebelum berkahwin. Malah ia pernah 'meletup' pada September 2019 apabila seorang wanita memuat naik status menyatakan dia diminta membuktikan sama ada dirinya masih dara atau tidak oleh tunangnya. ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! Alat pecah dara tiruan dijual online, seller dakwa dapat kembalikan keperawanan wanita ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat sekolahkan suami obses dara, isteri baru bersalin dah ajak buat ujian DNA, “Tak ada istilah koyak pun” Melihatkan keperawanan dan dara menjadi tunjang utama bagi golongan gadis, sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjual selaput dara palsu secara meluas dipasaran e-dagang. Namun hakikatnya keberkesanan ia sama ada seperti selaput dara original tidak dapat dibuktikan. Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, tidak ada bukti keberkesanan 'selaput dara tiruan' akan mampu bertindak sebagai selaput dara original. "Sedikit pendarahan semasa hubungan seksual yang pertama adalah normal kerana selaput dara yang koyak tetapi ramai juga yang tidak mengalami pengalaman sedemikian biarpun dia memang masih dara."Tiada kajian klinikal atau saintifik terhadap pendarahan sebegini, malahan tiada sebarang kajian terhadap kesan cecair pengganti darah tersebut kepada wanita atau lelaki yang terlibat. "Apa yang lebih penting ialah kejujuran daripada kedua-dua pihak terhadap status diri masing-masing," jelasnya kepada mStar ketika diminta mengulas tentang isu penjualan selaput dara tiruan yang berleluasa masa ini. Made in Japan tercatat pada kotak selaput dara buatan yang dijual. Malah beliau juga berpandangan bahawa produk yang dijual itu hanyalah cubaan untuk meraih keuntungan terhadap gadis yang risau dengan status keperawanan mereka akibat sejarah hitam yang dikhuatiri terbongkar jika tidak mengalami pendarahan ketika melakukan hubugan intim bersama suami pada malam pertama. "Penggunaan selaput dara tiruan juga boleh dianggap sebagai cubaan untuk menipu diri sendiri dan juga pasangan. Ia bukti ketidakjujuran! "Tiada pendarahan tetapi dara (suci) lebih penting daripada pendarahan tetapi palsu, logik kan?" ajunya sambil menegaskan berkata jujur kepada pasangan adalah lebih baik. Beliau juga menyatakan ramai lelaki tidak lagi menghiraukan isu keperawanan sebab ramai yang pernah menyebabkan gadis atau wanita hilang dara akibat hubungan sebelum berkahwin. Selaput dara sering dibeli wanita yang sudah kehilangan dara sebelum berkahwin. Lebih mengejutkan apabila beliau mendedahkan telah mengendalikan kes remaja hamil sejak 20 tahun lalu. Sebelum ini pelatih pakar bedah Dr Nur Amalina Che Bakri pernah berkongsi tentang status keperawanan gadis dan menjelaskan selaput dara boleh terjejas dengan hanya melakukan aktiviti lasak seperti berlari, berbasikal mahupun memanjat. Ia sekali gus menunjukkan betapa rendahnya tahap pemikiran masyarakat mengenai isu berkenaan apabila sering mengaitkannya seseorang itu tidak lagi perawan jika tiada darah apabila melakukan hubungan seksual pertama. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI