suria

Garden of Eden tawar diskaun 25 peratus kepada pembaca Majoriti

Chung Eng Lee (kiri) bersama Chew Wei Lin (kanan) menunjukkan replika produk masing-masing sebagai simbolik kerjasama.

PRODUK penjagaan kulit sudah menjadi keutamaan masyarakat di era ini, oleh itu Garden of Eden tampil dengan tawaran diskaun hebat khusus kepada pembaca Majoriti.

Diskaun sebanyak 25 peratus untuk semua produk jenama berasaskan tumbuh-tumbuhan dan tanpa bahan kimia berbahaya itu susulan kerjasama yang terjalin dengan portal berita baru, Majoriti.

“Semakin ramai memberi perhatian kepada produk yang bukan sahaja paling berkesan untuk kulit mereka, tetapi juga produk yang kurang membahayakan alam sekitar.

"Garden of Eden memenuhi kebimbangan alam sekitar ini selain menyediakan rangkaian penjagaan kulit yang menepati setiap keperluan,” kata Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee.

Katanya, sejajar dengan hala tuju Majoriti yang komited menjadi sumber berita yang dipercayai untuk rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, Garden of Eden mempunyai falsafah untuk menjadi pakar penjagaan kulit yang dipercayai pengguna.

Tambahnya, komitmen Garden of Eden untuk memastikan bahan yang digunakan berstandard tinggi sekali gus memberi manfaat kepada penggunanya sepertimana Majoriti menjaga standard dalam bidang kewartawanan.

"Dalam dunia hari ini, kami memahami keperluan untuk membawa sesuatu yang lebih kepada anda.

Daripada naratif menarik yang mencetuskan perbualan, kepada berita tergempar, Majoriti menyasarkan untuk menjadi pilihan sumber berita yang dipercayai,” katanya.

Sementara itu, sebagai pemilik jenama Garden of Eden, Pengurus Besar Maxwell Pharma Sdn Bhd, Chew Wei Lin berkata, terdapat trend yang kuat ke arah produk berasaskan semula jadi yang lebih selamat untuk kulit. Kami guna bahan berasaskan tumbuhan yang dibuktikan oleh sains berkesan pada kulit.

"Sebilangan 100 peratus serum semulajadi kami telah terbukti secara klinikal keberkesanannya oleh pusat penyelidikan klinikal USFDA dan bertujuan untuk merawat keadaan kulit tertentu secara berkesan seperti pigmentasi, jerawat, kulit kering, parut dan tanda regangan.

“Kami teruja untuk mengembangkan perkongsian dengan Majoriti kerana hala tuju and kandungan beritanya dapat memanfaatkan ekosistem kami. Kami percaya perkongsian ini akan mewujudkan nilai yang menarik dan mampan dalam platform masing-masing," tambahnya.

Portal berita Bahasa Malaysia baharu memberi tumpuan kepada menyediakan laporan mengenai hal ehwal semasa, Majoriti membawa nilai tambah kepada pelanggannya bersama rakan kongsi strategiknya.

Dengan tagline daripada Refleksi Tanpa Prejudis, manifesto Majoriti berkisar tentang menyediakan berita dan pandangan yang tidak berat sebelah kepada orang ramai.

Majoriti mula bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi untuk memperluaskan tawaran masing-masing.

Rakan kongsi sedia ada termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), AEON Co (M) Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Secret Recipe Cakes and Café Sdn Bhd, Yoodo, Petronas Dagangan Berhad (PRYSM), Samsonite (Malaysia) Sdn Bhd, hotel-hotel di bawah IOI Properties Group Berhad dan lain-lain yang akan diumumkan kelak.

Untuk mengetahui lanjut tentang Majoriti atau melanggannya, layari majoriti.com.my

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain