suria

Rakam lelaki bogel, ugut mangsa... 3 wanita dipercayai dalang sindiket antara 7 ditahan

Kamarul Zaman menunjukkan suspek yang terlibat dengan sindiket ugut dan sebar video lucah.

TINDAKAN sindiket merakam video bogel, memeras ugut mangsa mengundang padah apabila kesemua mereka ditahan pada 16 Januari lalu.

Antara ditahan adalah tiga wanita termasuk dua warga Indonesia yang dipercayai dalang sindiket pemerasan melalui panggilan video berunsur lucah menerusi Op Bugil.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, turut ditahan tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia menerusi enam serbuan berasingan yang dijalankan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakam gambar bogel bersama gajah, model Rusia teruk dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: Rai hari lahir dengan cara tidak masuk akal, wanita rakam gambar bogel dengan anak dipenjara 3 bulan

Menurutnya, modus operandi digunakan sindiket terbabit adalah dengan mengumpan mangsa kebiasaannya lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun untuk melakukan panggilan video menerusi aplikasi MiChat, WeChat dan juga Whatsapp.

"Mangsa kemudian akan diperdaya untuk berbogel dan melakukan adegan-adegan lucah yang mana perbuatan itu dirakam ahli sindiket.

"Sindiket berkenaan kemudiannya akan menggunakan rakaman tersebut untuk mengugut mangsa dengan wang ringgit dan jika tidak dibayar, rakaman berkenaan akan ditularkan di media sosial," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru, pada Khamis.

Kamarul Zaman berkata, hasil daripada tangkapan sindiket terbabit, polis berjaya menyelesaikan 25 kes berkaitan jenayah mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

"Polis menerima sebanyak 368 aduan daripada mangsa melibatkan ugutan penyebaran video bogel dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM485,013 sejak Januari 2021 hingga kini. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain