suria

Dakwa berkorban demi keluarga... gadis rela gadai maruah, jual dara RM6,000!

Gadis menawarkan keperawanan untuk dijual kerana masalah kewangan keluarga. FOTO: The Star

SATU rakaman yang dimuat naik di media sosial memaparkan seorang gadis menawarkan keperawanannya dengan nilai RM6,000 bagi membantu menangani masalah keluarganya yang dilanda masalah kewangan.

Melalui perkongsian berdurasi 17 saat yang menjadi tular, gadis ini meminta netizen supaya menerima keputusannya.

"Saya masih ada dara dan ingin jual 'malam pertama' saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengejutkan! Alat pecah dara tiruan dijual online, seller dakwa dapat kembalikan keperawanan wanita

"Keluarga sedang hadapi masalah kewangan jadi saya nak jual dara saya dengan harga RM6,000.

"Saya harap semua orang hormat keputusan ini dan beri saya peluang," katanya semasa di akhir video itu.

Video yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial ini menjadi bahan ejekan bahawa harga yang ditetapkan gadis ini terlalu tinggi.

Bercerita lanjut, setakat 11.15pagi, Khamis (Februari 10), rakaman tersebut telah mendapat lebih 530 tanda suka, 426 komen juga 76,000 jumlah tontonan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain