JIKA di luar negara, aduan kecemasan orang awam berhubung penemuan anggota badan tetapi sebenarnya patung manusia sudah menjadi perkara biasa. Malah baru-baru ini, pasukan polis Cambridgeshire Timur, London England dikejutkan dengan panggilan kecemasan selepas orang awam melihat sepasang kaki berstokin terjuntai pada kerusi hadapan kenderaan lain ketika memandu, namun pemeriksaan mendapati ia hanya patung yang memakai pakaian putera raja lengkap dengan mahkota. ARTIKEL BERKAITAN: Gempar mayat lelaki ditemui dalam patung dinosaur gergasi ARTIKEL BERKAITAN: Polis, bomba bergegas ke lokasi kejadian... disangka mayat terapung di sungai, rupanya patung seks Berbeza dengan Malaysia, kebanyakan kes yang disangka patung sebenarnya adalah mayat manusia seperti yang berlaku di Putrajaya awal Januari lalu. Bagaimanapun kejadian terbaharu pada Selasa sedikit berbeza kerana bungkusan plastik yang disangka mengandungi mayat, sebenarnya adalah patung manusia sempurna tetapi ia bukan seperti yang dipamerkan di premis pakaian sebaliknya ia patung bagi kegiatan tidak bermoral. Umpama manusia sebenar, patung yang bahagiannya boleh ditanggalkan itu dibungkus rapi menggunakan plastik dan diletakkan berhampiran tong sampah besar di deretan rumah kedai di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor. Patung manusia untuk kegiatan seksual ditemukan dalam bungkusan plastik. Situasi itu tidak ubah seperti kes pembunuhan dalam drama dan filem yang sering ditonton di televisyen sehingga menyebabkan pasukan polis dan forensik memasang pita kuning serta mengepung kawasan sekitar untuk menjalankan siasatan.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mStar mengesahkan penemuan tersebut."Patung tersebut ditemui di Shah Alam, Selangor. Kita syak patung tersebut digunakan untuk kegiatan seksual dan tidak bermoral," jelasnya lanjut. Gambar yang tular di media sosial itu mendapat pelbagai reaksi dan ada antaranya yang menyangkakan terdapat pembunuh bersiri. "Aku baru nak cakap ada psycopath killer ke sekarang ini," komen salah seorang pemilik akaun Twitter. Terdapat juga netizen yang membandingkan situasi berkenaan seperti drama Korea. "Tetiba aku terbayang kalau ni dekat Korea... wartawan serbu ramai-ramai pastu polis buka dalamnya ada patung," katanya membalas komen yang lain.