suria

Mayat lelaki tanpa kepala ditemui di sungai, disyaki dibaham buaya

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui.

MAYAT seorang lelaki ditemui tanpa kepala dan kedua-dua tangannya, dua hari selepas dikhuatiri lemas di Sungai Lingga, Sri Aman di Sibu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kemaskini hariannya pada Rabu memaklumkan mangsa yang merupakan warga Myanmar, Thein Wai Maung, 35, ditemui penduduk kampung pada pukul 7.30 pagi.

Menurut jabatan itu, mayat mangsa ditemui kira-kira 5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh ke dalam sungai pada Isnin.

Pihaknya mengesyaki mangsa dibaham buaya.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang bertugas sebagai pengimpal di limbungan kapal, dilaporkan hilang oleh penyelia syarikat itu pada Isnin.

Menurut penyelia, Thein sedang bekerja di atas kapal sebelum terjatuh ke dalam sungai.

Rakan setugas cuba menyelamatkannya tetapi gagal. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain