suria

SOP ‘check’ suhu, rekod butiran peribadi secara manual dimansuhkan bermula 11 Februari

SOP pemeriksaan suhu badan untuk masuk ke premis dimansuhkan bermula 11 Februari. Gambar hiasan

PROSEDUR operasi standard (SOP) yang memerlukan pemeriksaan suhu badan dan rekod kemasukan (check-in) butiran peribadi secara manual ke dalam premis akan dimansuhkan bermula 11 Februari ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berkata, daftar masuk ke dalam premis menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.

Dalam ciapan berasingan, Hishammuddin juga berkata kerajaan melaksanakan SOP baharu bagi perjalanan umrah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi keperluan imbas suhu badan, hanya ‘scan’ MySejahtera - Khairy

"Perjalanan jemaah ke umrah dibenarkan semula hari ini. Namun, apabila pulang kelak bermula 14 Februari, perlu patuh SOP baru.

"Iaitu kuarantin wajib di kediaman dibenarkan tanpa kelulusan HQA (permohonan kuarantin di rumah). Jika mahu kuarantin di stesen kuarantin swasta, dibenarkan dengan kos ditanggung sendiri.

"Jemaah yang ingin ke umrah diwajibkan mengambil dos penggalak (booster dose) dan person-in-charge (PIC) dari agen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik dan semasa di pintu masuk antarabangsa Malaysia," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain