suria

MPN setuju syor sempadan negara dibuka sepenuhnya tanpa keperluan kuarantin wajib mulai 1 Mac - Muhyiddin

Muhyiddin berkata pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa. Foto: Bernama

SEMPADAN Malaysia dijangka dibuka semula sepenuhnya pada 1 Mac, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (NRC), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"MPN mengesyorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya dalam masa terdekat bagi menyokong pemulihan negara.

"Dalam hubungan ini, majlis bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac 2022 tanpa keperluan kuarantin wajib," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka sempadan negara 1 Januari

Muhyiddin bagaimanapun berkata mereka yang masuk ke negara ini perlu menjalani ujian Covid-19 sebelum dan sejurus selepas tiba di pintu sempadan negara seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa," tambahnya.

Malaysia menutup pintu sempadan negara sejak awal 2020 berikutan penularan Covid-19 untuk mengekang penyebaran virus itu.

Muhyiddin menambah persetujuan mengenai pembukaan sempadan itu dibuat selepas MPN mempertimbangkan cadangan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain