suria

Muhyiddin positif Covid-19, alami gejala ringan

Muhyiddin (gambar fail) disahkan positif Covid-19 pada Rabu. foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan positif Covid-19 pada Rabu.

Muhyiddin berkata, beliau disahkan positif pada pagi Rabu selepas membuat ujian RT-PCR.

"Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik," katanya menerusi posting di Facebook milik beliau, tengah hari Rabu.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

"Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain