suria

PRN Johor 12 Mac, penamaan calon 26 Februari

PRN Johor ditetapkan pada 12 Mac. -gambar hiasan

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor ditetapkan pada 12 Mac depan.

Perkara itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu.

SPR turut mengumumkan hari penamaan calon pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal 8 Mac.

Seramai 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor, dengan 2.576 juta merupakan pengundi biasa.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN Johor diadakan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain