HARGA runcit petrol RON97 naik sembilan sen daripada RM3.12 kepada RM3.21 seliter. Harga runcit produk petroleum itu ditetapkan untuk tempoh 10 Februari hingga 16 Februari 2022. Harga runcit RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter dalam tempoh sama. Harga yang ditetapkan bagi tempoh 10 Februari hingga 16 Februari 2022. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Rabu petang, harga diesel juga kekal pada RM2.15 seliter. "Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," ujar kenyataan itu lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI