suria

Sah! Anak KJ terima vaksin Pfizer

Anak Khairy, Raif berusia enam tahun menerima vaksin Pfizer.

ANAK bongsu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar disahkan menerima vaksin Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Vaksin Pfizer diberikan kepada anak Khairy, Raif berusia enam tahun menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) pada Ahad.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, dakwaan pihak tertentu yang tular mengatakan cecair vaksin di dalam picagari dibuang terlebih dahulu sebelum suntikan diberikan kepada kanak-kanak itu adalah tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sebar fitnah anak dicucuk angin... KJ tegur, "Jangan kacau ibu bapa nak vaksin anak!"

ARTIKEL BERKAITAN: Anak KJ diberi dos vaksin Covid-19 ikut prosedur - Jururawat

Menurutnya, KKM tidak boleh menipu namun ada saja pihak yang sentiasa mencari salah.

“Saya tengok video yang ditunjukkan oleh Khairy, anaknya memang disuntik, kalau ada yang tak percaya, boleh panggil individu yang memberikan suntikan.

“Khairy menerima vaksin, anak dia pun menerima vaksin. Saya mengesahkannya, mana boleh KKM menipu," katanya pada sidang media selepas Lawatan Kerja sempena PICKids di Kelantan, Rabu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin dan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Selasawati Ghazali. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain