suria

Tragis! Lelaki simbah isteri dengan air panas, tikam perut sendiri

Mangsa menerima rawatan di hospital selepas melecur disimbah air panas. foto Ihsan PDRM

SEORANG lelaki dipercayai menyimbah air panas kepada isterinya sebelum menikam perutnya sendiri dalam satu pertengkaran di Kota Kinabalu.

Lelaki berusia 41 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Kg Pondo, Pulau Gaya, dekat Kota Kinabalu, kira-kira pukul 11.30 malam Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, wanita berusia 40 tahun itu melecur di bahu dan lengannya.

“Mereka bertengkar mengenai masalah kewangan sebelum kejadian,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati wanita berkenaan pernah bertindak balas secara fizikal semasa pasangan itu bertengkar disebabkan masalah kewangan.

Kedua-dua suspek dan mangsa dirawat di Hospital Queen Elizabeth dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain