suria

Tragedi berdarah... ibu maut putus leher ditetak guna parang, anak tiri serah diri

Lokasi mangsa yang maut dengan leher terputus dipercayai akibat ditetak oleh anak tiri. foto ihsan PDRM

TRAGIS! Seorang wanita berusia 54 tahun maut dengan lehernya terputus, dipercayai akibat ditetak dengan parang oleh anak tirinya, pada Rabu.

Kejadian yang berlaku di Kampung Batu Machang Jerek di Gua Musang, disedari pada pukul 4.55 petang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, ketika itu, pengadu seorang anggota polis bertugas di kaunter aduan di Balai Polis Bertam didatangi suspek yang berusia 39 tahun memberitahu membunuh ibu tirinya.

"Suspek mengatakan dia membunuh emak tirinya dengan parang di rumah mereka.

"Polis yang bergegas ke lokasi menjumpai mayat ibu tirinya dalam keadaan putus leher akibat dipercayai tetakan menggunakan parang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Ujarnya, suspek dipercayai seorang penagih dadah dan pesakit mental.

"Semakan rekod lampau mendapati dia sebelum ini pernah ditangkap atas kesalahan curi motosikal mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 451 Kanun Keseksaan.

"Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain