suria

Apa nasib pelajar PT3 tahun ini? KPM kata belum buat keputusan pelaksanaan lagi

KPM belum membuat keputusan berhubung pelaksanaan PT3 bagi tahun ini.

PELAKSANAAN Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) masih lagi menjadi teka-teki dalam kalangan murid dan ibu bapa mereka.

Dalam perkembangan terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengakui belum membuat keputusan berhubung pelaksanaan PT3 bagi tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Berniaga sejak PT3, pelajar tak lokek kongsi ilmu cari duit sampai kumpul ribuan ringgit sebulan - “Biasalah kita buat live, tapi orang tak kenal”

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pihaknya sedang meneliti pendekatan paling sesuai diambil mengambil kira tahap penguasaan murid.

"Kita belum buat keputusan PT3," katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan Sekolahku Sejahtera di Putrajaya pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pemakluman Lembaga Peperiksaan berhubung perkara itu yang akan diadakan semula pada tahun ini.

Berdasarkan pemakluman yang dimuat naik oleh Lembaga Peperiksaan di laman Facebook pada Sabtu, pentaksiran PT3 dilaksanakan pada Oktober hingga November selari dengan pelaksanaan PT3 yang ditangguhkan selama dua tahun sejak 2020 akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun pemakluman tersebut telah ditarik balik. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain