suria

Jambatan runtuh di jalan lama Bentong-Raub, pemandu lori surat khabar cedera

Keadaan lori dipandu mangsa terperangkap dalam kejadian jambatan runtuh di jalan lama Bentong-Raub, pada Selasa.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kisahnya mengenai sebuah lori yang terperangkap dalam kejadian jambatan runtuh pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pokok tumbang akibat angin kencang, 12 kereta rosak kena hempap

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas KL, hujan batu melanda Shah Alam

Jambatan runtuh yang berlaku di jalan lama Bentong-Raub berhampiran pekan Tranum Pahang itu mengakibatkan sebuah lori membawa surat khabar terperangkap dalam lubang runtuhan sedalam lima meter.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang merupakan pemandu lori, Chia Kein Bong, 30, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kejadian jambatan runtuh itu berlaku dipercayai akibat hujan lebat sejak tengah malam Isnin hingga awal pagi Selasa.

Menurutnya, akibat kejadian, laluan tersebut ditutup di kedua-dua arah kepada semua jenis kenderaan.

Berdasarkan info Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub, kejadian runtuhan jambatan Sungai Teras itu melibatkan kawasan sepanjang 20 meter dengan tinggi runtuhan kira-kira lima meter. - Sinar harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain