suria

Guna aplikasi navigasi dari Johor ke KL, kereta dipandu warga emas tersesat masuk laluan motosikal

Kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan dengan kenderaan lain dan kecederaan.

APLIKASI navigasi sememangnya dapat membantu para pemandu, namun kadang-kala ia membuatkan kita keliru dan pening kepala.

Terbaharu, seorang warga emas berhadapan detik cemas apabila dia tersesat gara-gara menggunakan aplikasi navigasi ketika memandu.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya! Pemandu Vios selamba masuk lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan serah diri

Dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan pada Ahad, kereta dipandunya tersesat memasuki laluan yang dikhususkan untuk motosikal.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan datang dari rumahnya di Tangkak, Johor untuk ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan mengikut panduan aplikasi navigasi.

Menurutnya, pemandu terbabit kemudian telah tersilap susur dan termasuk ke laluan motosikal bermula di kilometer 15.1 lebuh raya itu.

"Pemandu yang pertama kali melalui Lebuhraya Persekutuan itu terus mengikut panduan navigasi di laluan tersebut dan keluar semula ke jalan utama di kawasan Petaling Jaya.

"Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan dengan kenderaan lain dan kecederaan," katanya pada Selasa.

Jelas Baharudin, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain