suria

Cemas! Pekerja terpaksa berpaut, gondola bergoyang di ruang udara gara-gara angin kencang

Mangsa yang didapati tersangkut di gondola telah berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri.

PEKERJA gondola di Kuala Lumpur berhadapan detik cemas apabila alat pengangkat yang dinaiki itu bergoyang di udara susulan terlepas daripada tali penambatnya yang disebabkan angin kencang pada petang Selasa.

Video yang tular di media sosial itu memaparkan gondola berkenaan bergoyang di ruang udara dan beberapa kali terlanggar binaan Menara TS Law.

ARTIKEL BERKAITAN: Atlet ski merentas desa cemas, kemaluan ‘membeku’

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak, tapi tak dapat buat apa-apa! Saksi cerita detik cemas tanah mendap ‘telan’ lima kereta

Pekerja yang berada di atasnya dilihat berpaut erat pada besi pemegang gondola.

Pada waktu sama, perakam video menjerit 'hujan akan turun, lari cepat, kenapa masih tidak turun. Adakah mahu mati?'

Sementara itu, satu lagi video yang tular berkaitan insiden tersebut menunjukkan pekerja terlibat memanjat gondola selepas alat pengangkat itu berhenti berhampiran bangunan.

Menurut komander operasi Junain Bahau, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan dari MERS999 pada jam 3.56 petang.

"Hasil maklumat diterima daripada wakil pemaju tapak pembinaan, mangsa yang didapati tersangkut di gondola telah berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri.

"Tiada tindakan daripada pasukan bomba di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan. - The star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain