suria

Beberapa kawasan di KL dilanda banjir, kereta ditenggelami air

Beberapa kereta ditenggelami air ekoran banjir.

BANJIR menenggelamkan beberapa jalan di pusat bandar Kuala Lumpur setakat pukul 4 petang Isnin, menurut Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (Itis).

Itis, yang merupakan perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, banjir dikesan di terowong di hadapan bangunan Tabung Haji dan Jalan Chan Sow Lin.

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir: 50 jalan di Selangor terjejas

Setakat pukul 3.50 petang, ia turut memberi amaran bagi kawasan dekat Jalan Pudu, Jalan Sri Pemaisuri, Jalan Tun Razak danJalan Pahang.

Sementara itu, tular video di media sosial menunjukkan kereta terperangkap selepas ditenggelami air di Jalan Kuchai Lama, dipercayai dari Lebuhraya Pantai Utara Baharu (NPE) menghala ke Sungai Besi.

Satu lagi video menunjukkan banjir di Pudu, walaupun kenderaan masih dapat melaluinya.

Namun menerusi video lain, kemungkinan menunjukkan bahagian lain Pudu, apabila sebuah kereta peronda polis terperangkap dalam banjir.

banjir 2

Tapak parkir kereta berdekatan dengan KLCC ditenggelami air.

Selain itu, Jalan Tun HS Lee turut dilanda banjir dengan seseorang cuba mengalihkan motosikalnya manakala sebuah kereta terperangkap.

Dalam pada itu, Itis dalam kenyataan terbaharu pada pukul 4.25 petang berkata, terowong SMART ditutup sepenuhnya untuk operasi banjir.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah ketika dihubungi berkata, DBKL sedang memantau keadaan itu tetapi menunggu maklum balas daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS). - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain