suria

Tahniah! Iklan Tahun Baharu Cina TNB, Sunway Group, Shopee paling digemari rakyat Malaysia

Iklan Tahun Baharu Cina 2022 TNB - WonderFu Fortune antara paling digemari rakyat Malaysia.

KEMERIAHAN musim perayaan yang disambut rakyat Malaysia tidak lengkap tanpa menonton iklan-iklan menarik yang menghiburkan, menggamit memori dan menyentuh hati.

Tahun Harimau sempena Tahun Baharu Cina kali ini memberi inspirasi kepada pelbaagi jenama menunjukkan kreativiti mereka dalam mempersembahkan iklan-iklan menarik.

Star Media Group (SMG) sebelum ini menjemput rakyat Malaysia untuk memilih iklan Tahun Baharu Cina paling menarik tahun ini daripada 37 iklan terbaik yang dihimpunkan, dengan hadiah menarik yang ditawarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suka iklan lucu, sayu atau beri inspirasi? Pilih video Tahun Baru Cina kegemaran anda dan menang banyak hadiah menarik

Daripada lebih 7,400 yang mengundi, 10 individu merupakan pemilik bertuah jam tangan pintar serba baharu, berdasarkan penyertaan mereka berserta sebab memilih video tersebut.

Seperti yang dinanti-nantikan, tiga iklan Tahun Baharu Cina yang menjadi kegemaran teratas daripada 37 iklan adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) (WonderFu Fortune), Sunway Group (Soil for the Soul) dan Shopee (Lion's Heart).

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Shukreen Ma berkata, orang ramai mula mencari rezeki dari segi kekayaan, kerjaya dan kesihatan mereka pada Tahun Baharu.

"Ini memberi inspirasi kepada kami untuk menceritakan kisah yang berdasarkan sama ada rezeki boleh didapati secara lebih dekat dengan rumah melalui cara yang kita mungkin terlepas pandang atau ambil mudah," katanya.

iklan cny Sunway Group

Tangkap layar video iklan Tahun Baharu Cina 2022 Sunway Group - Soil For The Soul.

Bagi Pengurus Besar Kanan Pemasaran dan Komunikasi jenama Sunway Group, Nik Tasha Nik Kamaruddin berkata, komitmen Sunway terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB mempengaruhi hala tuju komersial Tahun Baharu Cina, tahun ini.

Tambah Nik Tasha, kempen perayaan Sunway sentiasa ke arah menyampaikan nilai teras mereka iaitu integriti, merendah diri dan kecemerlangan melalui penceritaan.

Sementara itu, Ketua Video Shopee, Shaiful Yahya pula berkata, iklan Tahun Baharu Cina bagi jenama itu mengambil pendekatan gaya dokumentari pendek dengan watak sebenr dalam menyerlahkan cerita yang kurang didendangkan.

Jelasnya, penceritaan di dalam iklan membangkitkan satu perasaan dekat dengan rumah, sekali gus mahu menyentuh hati rakyat Malaysia dengan memaparkan kisah mereka.

Iklan cny shopee

Iklan Tahun Baharu Cina 2022 Shopee - Lion’s Heart.

Selain iklan daripada TNB, Sunway Group dan Shopee, antara iklan Tahun Baharu Cina terbaik yang dihimpunkan melibatkan penyertaan daripada pelbagai syarikat dan agensi termasuk RHB (A Spark For Change), Yoodo (Chinese New Year Pitch), 988 (Good Days to Come), Julie's (The Worst Feng Shui Master), MBSB Bank Berhad (Keep Roaring), Petronas (366: Day 32) dan Celcom (With hope, comes prosperity).

Tidak ketinggalan Old Town White Coffee (Make it a prosperous New Year with OLDTOWN), Spritzer Group (ONG-ONG wishes and SUI-SUI dishes), Tropicana Corporation Berhad (Hands build a house, but hearts build a home), Digi (The Undivided Heart), Touch 'n Go eWallet (Hari-HariMau ONG!), IJM Land, Gamuda Land (Key to Happiness), Coway Malaysia (Drink More Water!) dan Mamee Chef Curry (Luck-Sa).

Iklan lain yang turut mencuri perhatian adalah SEGi (What Does CNY Mean To Me?), Maxis (Make Our Luck), Daikin Malaysia (Legend of The Air Guardian), BSS Development (Pattern to Prosperity), Watsons Malaysia (#WatsonsGrandestHBY), Lotus's (Hari-Harimau Ong), Sunway Malls (Here's To A Wonder-Fu Year Ahead!), S P Setia (The Fú-Growers), Herbalife Nutrition (With One United Heart Comes Fortune & Luck), AIA Malaysia (Journey to the WoW) dan MR D.I.Y (Family).

Star Media Group mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjayakan pengundian video dan menjanjikan lebih banyak usaha untuk memupuk semangat muhibah.

Nantikan pula pencarian Star Media Group akan datang untuk memilih iklan-iklan Hari Raya yang paling menarik bagi tahun 2022!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain