suria

Runtuhan kuari: Mangsa mungkin terperangkap di kedalaman 'setinggi bangunan tiga tingkat'

Mangsa mungkin terperangkap di kedalaman 12 meter.

DUA pekerja kuari yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan batu kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Perak, dipercayai berada di kedalaman sembilan hingga 12 meter.

Difahamkan kedalaman itu dipercayai sama dengan ketinggian bangunan tiga tingkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu! Suami Nur Hasliza terkenangkan kebaikan isteri, "arwah tak pernah merungut walau letih"... akui gelisah tiap malam disoal anak usia 3 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh ibu buat live mengamuk anak dituduh mencuri... kurang 24 jam dihentam kaw-kaw, Kak Long ke lokasi kejadian semula, betul ke bukan sebab marketing?

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua menggunakan dua jengkaut bagi membuka laluan ke lokasi mangsa, Kheow Loo Siew Soon, 49 dan Itam Lasoh, 43 dipercayai berada.

"Berdasarkan maklumat saksi yang terselamat dalam kejadian itu, mangsa berada berhampiran antara satu sama lain.

Keadaan kawasan runtuhan batu kuari dari Unit Dron JBPM.

Keadaan kawasan runtuhan batu kuari dari Unit Dron JBPM.

"Lebih kurang 25 meter laluan telah dibuka namun, proses dijalankan secara perlahan-lahan kerana melihat struktur kiri dan kanan sekiranya terdapat unsur merbahaya," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Menurutnya, khidmat unit dron turut membantu mengesan kedua-dua mangsa yang merupakan pemandu jengkaut dan pembantunya.

"Dron membantu mengesan haba mangsa tetapi melihat batu-batu besar ini timbul persoalan adakah boleh mengesan atau tidak.

"Selain itu, bantuan daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) diperoleh, mereka telah meletakkan sensor pergerakan struktur yang mana alat ini akan mengeluarkan amaran berbunyi sekiranya ada gerakan dari bukit berhampiran," katanya. - Sinar harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain